Thursday, November 5, 2009

mimpi.realiti.pasti.

Mimpi.

Dalam tidur aku bermimpi
Bertemu lagi dengan yang tak pasti
Sekali lagi tersenyum manis
Tapi kisahnya sungguh menghiris

**Aku mencari ikhlas itu bagaimana rupa dan bentuknya. bagaimana cara dan kisahnya.

4 cerita:

yus_anakmelayu said...

Mengambara aku ke alam mimpi
Cuba mencari sekepal bahagia
Tak mungkinku genggam di dunia nyata
Yang penuh dengan kekusutan

Berikan aku cermin ajaib
Menerobos ke alam itu
Mencari siapa diriku
Kerna di dunia nyata
Semuanya palsu

Kuncilah aku dalam almari mimpi
Aku tak ingin kembali
Kerana aku pasti
Aku hamba dunia realiti

yus_anakemelayu/18Apr09/dayasari

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam LP,

"bentuknya pelbagai, moga menjumpainya seperti yang difikirkan".

mendewa said...

jija,
untunglah masih mampu tersenyum manis :-)

ikhlas itu abstrak - maka rupa dan bentuknya pasti berbeza-beza...

Lumut Pagi said...

yus:
andai kau punya kunci itu, apa mau kau kunciku abadi dalam mimpi ngeri yang aku sendiri calitkan warna duka yangbegitu menusuk hati?

terima kasih buat puisi yang begitu mengesankan.

zul:
insyaAllah zul.doakan.
semoga yg terbaik juga buat sdr.

mendewa:
alhamdulillah.masih tersisa upaya buat sy tersenyum tanda gembira.sebagai ubat dan alamat buat mak dan ayah di sana, yang saya masih mampu berdiri semula.

saya masih mencari ikhlas.

:)